August 24, 2016

SAHABAT MTB BARU & PANJAT BUKIT 7 BERADIK


23/08/2016 Petang, mulanya aku plan go outside & kayuh solo untuk bakar kalori jer, ingat nak layan kayuh road je la sekali terserempak ngan Abang Bree Combat ngan Ustaz kat bukit masjid BPJ. Depa ajak kayuh off road ikut trek kelapa sawit, aku pun on jer sebab best jugak layan off road ni. Lepas tu aku try ajak depa kayuh pi Bandar Seri Astana (Park Homes) & nak tau jugak kot2 ada jalan short cut ke situ.

Masa lalu jalan Astana Park Homes, kami terserempak pulak dengan member baru MTB iaitu Faizal & Anuar, depa ajak kami kayuh kat Bukit yang depa panggil bukit 7 beradik kat belakang kawasan Park Homes. Mula2 kami on jer jugak tapi bila sampai kat kaki bukit Abang Bree ngan Ustaz mintak untuk menarik diri panjat bukit tu sebab dah lewat petang.

Tapi aku teringin nak panjat bukit tu & jadi aku amik keputusan untuk follow Faizal & Anuar panjat bukit 7 Beradik tu.







SELAMAT HARI MERDEKA

August 22, 2016

KAYUH SANTAI DENGAN FOLDIE

Folding bike ni senang dibawa kemana mana. Minggu lepas semasa aku balik ke kampung, aku bawak folding bike Java bersama sama. Kena pula musim padi baru nak kuning so aku kayuh keliling kampung sambil menikmati permandangan sawah padi menguning yang sungguh indah nan permai, hilang stress kerja. Aku panggil ni kayuhan RnR, Ride and Relax.









KAYUH BALIK

Setelah sekian lama gantung gerek dan blog ni pun berhabuk, aku kembali kayuh dengan Gerek Trek putih tua aku. Aku kini menetap di Bandar Puteri Jaya setelah berpindah dari Changlun pada awal 2015. Disebabkan lama tak kayuh dan bersenam, berat aku meningkat ke tahap membimbangkan. Jadi aku ambil keputusan untuk kayuh balik. Biasanya aku kayuh solo je tapi petang tu aku selisih 3 abang2 askar dan depa ajak aku kayuh offroad pajat bukit. Aku pun on jer dan ikut depa. 





April 12, 2011

MULA KAYUH BALIK, START FROM BEGINNER

Maintain 11 km/j je, kayuh macam beginner...

Hari ni dalam sejarah hidup aku, aku dah mula kayuh balik setelah hampir setahun tak kayuh. Sebelum ini aku ingat nak jual ja beskat aku tu, tapi aku batalkan niatku itu kerana banyak dorongan agar aku terus kayuh, antaranya kerana faktor berat badan aku yang semakin bertambah, saiz ukuran pakaian yang semakin membesar dari XL ke XXL, seluar dari saiz 36 ke 40...pening2. aku nekad untuk terus kayuh bukan untuk bermegah-megah atau untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk menjaga kesihatan dan kembalikan berat badan ke paras lelaki normal. Aku harap aku dapat mencapai impian itu kelak...Amin.

P/S: Blog pun lama tak update, hehe...

Amir cuba menhilangkan dahaga beliau..

Aku pun teruk gak punya lapaq ayaq, haha

Penat tapi puas...

Amir Plus di Starting Grid Trek Go Kart dengan penuh semangat...

Jumpa Rider XC Race terunggul, Spark, pagi tadi dia baru je champion XC Race kat UiTM Arau...

TAMAT

September 18, 2010

August 20, 2010

SELAMAT TINGGAL MTB...


UNTUK DIJUAL !!!

Kepada yang berminat nak beli basikal ni boleh call @ SMS di no :-
017-4462614

Spec:-
Frame - Trek 6300 Saiz M (17.5') yr 2009
Crank - Shimano SLX
Wheelset - Token Roket
Brake + Rotor - Avid Elixir CR Carbon (kaler putih)
Fork - Fox RL 2008 (musang putih)
Shifter - Shimano XT
FD - Shimano XT
RD - Shimano XTR (carbon cage)
Headset - Token (kaler merah)
BB - Token (kaler merah)
Handle Bar - FSA Carbon Fibre
Handle grip - Token (merah)
Bar end - Scott (ringan)
Seat - Fizik Gobi (putih hitam)
Chain - Shimano XT
Stem - ABR (kaler putih)
Seat Post - Bontrager
Meter Digital - Cat Eye Velo 8

+++ Free Gifts...