November 15, 2009

KAYUHAN GET TOGETHER MEMANG BEST...

Pagi ini aku join Kayuhan Get Together kat trek Bukit Ulu Pauh setelah mengambil cuti, kalau nak diikutkan aku kena kerja pagi. Faktor yang menyebabkan aku teruja untuk join acara kayuhan ini adalah kerana kehadiran ramai rider (blogger) MTB otai & berpengalaman dari Negeri Perlis & Kedah, serta tujuan acara ini adalah untuk kenal-mengenal sesama mountain bikers. Ni la first time aku kayuh kat trek ini dan bagi aku trek ni memang best walaupun di musim hujan ni. Aku harap lepas ni aku akan datang lagi untuk kayuh di trek ini bersama-sama rider-rider Changlun yang lain seperti Tandop, Amir, Acong, Acik, Azizul & ramai lagi. Jumpa lagi di sana di sanaaaa...

Trek : Bukit Ulu Pauh
Jarak : 15.68 km
Max Speed : 44.2 km/h

Breakfast dulu kat kedai makan di hadapan politeknik...

Berkumpul di parking lot Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pukul 8am...

Long Mie & Abang Ronn, Dua orang otai yang berpengalaman luas di dalam arena MTB...

Wa Don selalu sangat kayuh pakai road bike, sekali-sekala dia turun off road dengan full sus Santa Cruz Blur nya.

Wan Blitz & Lontruth, 2 orang rider tegar yang berjaya memujuk aku untuk join kayuhan ini, walaupun di saat-saat akhir aku hampir-hampir kensel...

Ucapan dan bacaan doa oleh Presiden Perlis MTB Club serta penerangan ringkas tentang Jamboree Perlis yang akan diadakan pada tahun depan...

Sir ChanNXT bagi briefing serba sedikit tentang perjalanan acara & trek yang akan kami lalui...

Wa Don & Wan Blitz in action...

2 gerek pacit sekaligus...

Sori Tandop & Acong, aku tak dapat ikut hangpa pi trek Wang Perah pagi ni...

Vayron diberikan tugas sebagai penunjuk arah...

Pandangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dari atas Bukit Ulu Pauh...

Seronok dapat kayuh dengan rider berpengalaman seperti Long Mie, Wa Don, Lontruth, Azam, Syam & ramai lagi.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan...

Best betul la galaih beskat untuk lintaih parit ni...

Berasap macam medan perang, dam dam dum bunyi mercun...

Veyron sedang beraksi, memang kuat betul la brother ni...

Climbing U-Turn...

Downhill, yahoo...

Alamak, jalan jem da, he he he...

Semua orang teruja melihat aksi downhiuuu Lontruth dengan phu sarp nya...

Mana aci Lont, hang bawak bekai makanan...

Kelihatan Abg Din TTG tengah dok telefon. Sampai kat sini organizer bagi 2 option, nak teruskan kayuhan climb hill lagi ka nak balik, aku pilih option balik sebab lapaq nasik & ayaq pun dah habis...

Puaih hati betul la pakai saddle fizik gobi ni, memang sedap duduk...

Gambar kuda putih aku sebelum kayuhan, dalam keadaan shining & blink blink...

Gambar selepas kayuhan, belemoih tak ingat, nak boh dalam kereta pun mata berayaq...

Aik? pasai apa penuh salji plak, basuh kat snow car wash da, badan dah letih tak larat nak tonyoh dah...Adios.

No comments: