February 17, 2010

EXPLORING FOR NEW TREK PART 2...

17/02/2010 - Petang ni aku kayuh dengan Amir, objektif kami untuk mencari trek baru di area Laka Selatan. Seperti kayuhan mencari trek baru bersama Acong sebelun ini [Link], trek ini juga ada halangan daripada anjing yang cuba menyekat kayuhan kami. Tetapi mujurlah tuan punya anjing tersebut dapat memberi kerjasama dengan menegur anjing-anjingnya, dapatlah kami meneruskan kayuhan. Trek ini juga agak panjang dan ada banyak lagi simpang yang boleh diterokai lagi. Kami tak dapat nak explore dengan lebih mendalam trek ini kerana masa membataskan usaha kami. Insyaallah, lain kali kami akan datang lagi ke trek ini...

"who let the dogs out, worff worfff x2"
Kelihatan Amir cuba untuk berunding dengan ketua kumpulan anjing tersebut, tapi tidak berjaya, haha... :p
(...jangan marah Amet, gurau je, haha)
Kami sangat berterima kasih kepada tuan punya anjing tersebut (uncle siam kat dalam anak sungai tu)...
Amir begitu gembira sebab dapat meneruskan kayuhan, hahaha fuh lega haihhh.
Aksi kayuhan terhebat daripada penulis, alamak gambar blur la pulak, lepas ni kena bawak DSLR la time kayuh, baru gambar nice & sharp...
Amir jugak tidak ketinggalan menggayakan aksi downhill terlampaunya, hahaha :p
merentasi kawasan dusun buah-buahan...
Aksi downhill daripada Amir, mantoppp babe...
Last sekali, aksi ntahapantah daripada kami berdua, hahaha :p

...akhir kata, trek ni memang best untuk kayuhan cross country. XC RULES.

TAMAT

No comments: