August 16, 2009

LE SYOK-SYOK DE PERLIS.........

Hotel Putra Palace Kangar

Al-Fatihah. Pertama sekali aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Pak Cik Yusof dari Kuala Perlis kerana telah meninggal dunia selepas terjatuh dari basikalnya. Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan meletakkannya di kalangan orang yang soleh. Amin

Allahyarham Pak Cik Yusof (baju biru, topi merah). Gambar dari blog Tandop

Basikal ini menjadi kenangan kegigihan Pak Cik Yusof di dalam arena MTB kepada semua peserta Kayuhan Syok2 Perlis. Gambar dari blog Ramly SP

Orang kuat Kayuhan Syok Perlis, Ary Perlis Power MTB.

Dua rider cilik, eh tu adik Imran ngan abang dia.

Aku tidak melepaskan peluang bergambar dengan Abang Ramly SP. First time Jumpa dia ni.

Abang Razif Baling & Abang Ramly SP. Pertemuan dua sahabat.

Dari kiri Abang Megat, Abang Razif, Aku & Tandop.

4 orang otai MTB.

Sori Cikgu Fisol gambar blur skit. But Still Handsome Guy.

Flag off 7.20 pagi.

Amir bertopi merah, orang kayuh syok2 dia pulun nak menang. Sampai hati dia tinggai aku ngan Tandop kat belakang.

Permandangan bandar Kangar yang berkabus.

Ride di kawasan bendang. Fuh best gile...

Kayuh di kawasan ladang tebu memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Abang Ron

Cuba perhatikan kilang gula di depan tandop tu.

Aku tidak melepaskan peluang untuk possing kat sighboard kawasan terpanas di Malaysia. Baru pukul 10.00 pagi tapi panas rasa macam pukul 12.00 tengah hari.

Tandop nak jugak possing kat sighboard tu, siap tayang pisang lagi.

Tiga jejaka tampan dari kiri Tandop, Ramly SP & Anak Siong.

Lepas penat kayuh boleh dok releks kat atas sofa di lobi hotel adalah satu nikmat yang tidak terdapat di mana2 jambori lain. TQ Hotel Putra Palace.

Exco Belia & Sukan Negeri Perlis bersalaman dengan para rider.

Tengah dok releks baik punya, tiba2 terdengar satu letupan kuat. Sekali tayar salah seorang rider meletup da, sebab dia letak beskat kat tengah panas. Nasib baik dia dah habis kayuh, cuba bayangkan kalau tayar meletup masa dia tengah kayuh....

Jangan malu2 Bang Ly, sebat je nasi tu.

Amir Mendapat tempat pertama di dalam perlumbaan menceduk makanan.

Akhirnya dapat jugak hemper cabutan bertuah, orang yang paling seronok ialah anak2 aku la...

Lepas makan aku terus balik sebab aku kena masuk kerja pukul 2 ptg, cuba bayangkan lepas penat kayuh 74 km kena kerja sampai pukul 12 mlm. Aku saja je nak test aku punya fitness dan ternyata aku lulus ujian itu.

Kesimpulannya Kayuhan Syok2 ni memang best sebab aku dan rider lain 100% kayuh dari mula sampai penamat tadak sapa tolak basikal. Syabas Pihak Penganjur, Syabas Hotel Putra Palace...Jumpa Lagi.

No comments: