August 3, 2009

KENANGAN MANIS DI CP2 KEDAH JAMBOREE

First time aku diberi peluang untuk menjadi Marshal (Crew) kat Kedah Jamboree. 3 orang Geng Changlun telah terpilih bersama aku iaitu Tandop dan Amir. Aku ditugaskan untuk menjaga Check Point 2 bersama Nasron, Wan, Cikgu dan Jimmy bersama friendly Abang2 Army. Memang seronok dan satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan.

Berdoa supaya kami selamat serta dilindungi daripada segala bahaya dan malapetaka. Amin.

Aku tumpang 4x4 Cikgu untuk ke CP2, terima kasih banyak2 Cikgu.

Dalam 4x4, Ketaq ada, Suspen pun ada. Biasa la first time.

Bila sampai saja semua Ketaq & Saspen hilang bertukar menjadi Happy & Enjoy..Dari kiri, Aku, Wan & 3 orang Abang Askar (lupa nak tanya nama depa, rugi2)

Abang Askar sedang bertungkus lumus menaikkan kemah CP2.

Bekalan 100+ kepada para rider.

Ravi, rider pertama sampai kat CP2 dan menjadi johan Kedah Jamboree 2009. Kuat betui macha ni, kami huloq 100+ pun tak mau, dia tak stop pun kat CP2. Jantung dia baru servis kot?

Wan tidak melepaskan peluang untuk posing bersama Jane Lim. Aku jugak masuk angin keluaq asap.......

Adik ni kuat betui, orang len tolak dia kayuh selamber je. Jimmy respect betui kat adik ni. Kalau tak silap nama adik ni Imran kot

Abang Motocross.

Rider injurt, tapi dia tetap meneruskan kayuhan. Semangat ni yang kita mau.

Downhill selepas CP2 ni nampak senang tapi kebanyakan rider tuntun beskat, hanya rider yang pro & confiden saja yang kayuh. Nampak dak Majer yang duduk dua dari kanan, dia stanby saja kalau ada rider yang jatuh kat downhill dia terus tolong.

Haa tengok2, betui dak apa aku cakap.....Syabas Mejar.

Tengok berapa ramai rider ngan abang askar kat CP2. Meriah sungguh.

Kepuasan para rider apabila tiba di CP2 selepas dijamu dengan 100+.

Antara suasana ceria di CP2. Yang baju oren tu bro Lontruth, manager CP2.

Tapi sebelum sampai kat CP2 kena climb hill dulu. tapi takpa sampai saja CP2 depa terus enjoy.

Orang kuat Jamboree merangkap cameraman, Abang Adi.

CP2 dah macam markas tentera la pulak.

Antara rider yang tidak dapat meneruskan kayuhan kerana injurt. Boleh naik Land Rover Askar tu.

Manager Kedah Jamboree Abang Adiharriman mendengar keluhan rider yang injurt, ada gaya jadi seorang YB.

Like father like son.

Itulah sedikit sebanyak memori aku sebagai marshal di CP2. Insyaallah kalau diberi peluang, aku ingin menyumbang tenaga lagi untuk next Kedah Jamboree. Jumpa lagi.

No comments: