October 17, 2009

XPDC MTB UNTUK MENAWAN BUKIT LEBAI HUSSEIN...

17hb Oktober 2009, pagi ni aku join satu XPDC berbasikal MTB ke Bukit Lebai Hussein berdekatan denagn UUM Sintok. XPDC ini di ketuai oleh Tandope sebagai Chief de mission dengan segala keperluan disediakan oleh beliau. Misi utama XPDC ini adalah untuk sampai kepuncak tertinggi bukit ini iaitu setinggi 753 meter mengikut data dan peta di bawah. Seramai 10 orang mountain bikers terlibat dan di antaranya blogger MTB iaitu Chan NXT, Mizi KHT & Acik UUM selain aku & Tandope.

Image peta dan data maklumat berkaitan Bukit Lebai Hussein

Berkumpul di depan bulatan UUM.

Mizi KHT & Amir dah tak sabar nak kayuh.

2 orang brother yang berdiri tu la yang menjadi petunjuk arah kepada kami sepanjang XPDC ini. Depa la yang bawak pickup kat belakang tu. Lupa nak tanya nama, tapi Tandope kenai.

Kayuh road dalam 1 km.

Mula masuk off road.

Kami start kayuh agak lambat, matahari pun dah tinggi.

Meredah anak sungai yang pertama, air jernih sungguh.

Chief de mission Tandop menjamu kami dengan pisang.

Masa ni kira bersih lagi sebelum membendangkan diri beramai-ramai. Yang tengah dok tengok HP tu Chan NXT, ni la first time aku kayuh ngan dia.

Ni anak sungai yang ke berapa aku pun tak tau, semua ada 4-5 batang anak sungai yang perlu kami redah.

Suasana suram dengan cahaya matahari bersinar di celah pohonan kayu.

Keadaan trek yang basah dan berlumpur telah menjatuhkan moral kami ketahap nak balik ke rumah.

Kelajuan tolakan beskal kami adalah pada tahap kelajuan siput. Tensen betul.

Ketebalan tayar bertambah satu inci menyebabkan tayar tidak dapat berpusing. Penat beb.

Dah sampai check point ka?. Ooo nak relek dulu pasai penat MTB (Menolak & Tuntun Basikal).

Climbing yang begitu memenatkan ditambah dengan bebanan tanah basah pada tayar.

Ini la di namakan RnR kat atas bukit. Pekena nasik lemak dengan bihun goreng yang desediakan oleh Tandope & Co.

Lepas makan & rehat kami teruskan kayuhan. Asyik kena climbing saja, semua rider tak senyum dah.

Halamak, kena redah keleboq atau menurut bahasa KL lumpur. Dalam pulak tu.

V-Brake Tandop terlucut.

Control hensem. Dari kiri, Farhan, Amir, Aku, Mizi KHT & yang berdiri tu Man Public Bank.

Yaa, inilah saat yang ditunggu-tunggu. Wan Blitz memulakan Aksi downhill xtreme.

Diikuti, Tandop yang menunjukkan skillnya.

Aksi Downhill berkumpulan ini di ketuai oleh Mizi KHT.

Amir begitu teruja mendownhillkan dirinya.

Aksi downhill berhemah tinggi dari Acik, diikuti oleh Azizul yang terbabas tapi tak teruk, sikit je.

Selepas saja downhill yang panjang, kami terserempak dengan anak sungai. Apalagi...

...basuh beskal la. Acara ini di ketuai oleh chief the mission Tandope.

Walaupun tidak berjaya sampai ke puncak tertinggi Bukit lebai Hussien yang berketinggian 753 meter, namun kami tidak akan berputus asa, suatu hari nanti kalau trek ni kering kita mai len. trek ni memang best. Kepada Tandope, layanan hang kepada tetamu kita memang sempoi.

3 comments:

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

aku pun nak rasmi komen hang nih hehehe! Wa! kali ni hensem betul aku tengok Helmet Eh! aku tengok hang dengan Helmet baru nih. Best la xtvt hg nih. patut pun tak mau balik kmpg dah. aku report kat pali, hg terlalu intergriti disana hahaha!

~ana SoLehah~ said...

:P

salam uncle..

huhu~~

bes jugak aktiviti 'beskal2' nih..

tp mmg tgelak jugak tgk pic2 tu..

:D xtaw pe y klaka..

apepon..

selamat menjelajah ke alam ciptaan Allah..
Semoga semakin jauh kaki melangkah..
semakin banyk bumi Allah yg kte terokai..

semakin bertambah iman..
semakin bertambah kecintaan pada-Nya..

amiiin.. :-)

Mohd Rashdan Bin Abd Rahim said...

Terima kasih atas komen para pahabat, semoga apa yang kita lakukan akan di berkati ALLAH.