Tajuk macam best saja, biasa la bikin gempak sikit. Tadi aku pi servis beskal kat Extreme Bike, Amir plus pun pi sebab nak register jamboree UUM. Sekali jumpa brother Lontruth la, aku memang respect habis cara dia upgrade beskal. Nice to meet you bro....Sorang lagi Superstar MTB yang aku teringin sangat nak jumpa, tak lain tak bukan.....MAT KEDAH.
Kita berbalik kepada tajuk kita. Awal2 lagi Amir dah plan 'baik punya' untuk kumpulkan ramai rider kat area Changlun ni untuk kayuh petang Sabtu. Sekali petang tu, kami dua orang sahaja yang boleh kayuh.
June 28, 2009
June 26, 2009
MISI TAWAN BUKIT TELIPONG
Asyik dok kayuh on road saja, bosan jugak. Semalam aku cuba contact seberapa ramai rider yang ada kat area Changlun untuk kayuh pagi Jumaat (hari ni la). Tapi rider yang free dan boleh join hanya 3 orang sahaja iaitu aku, Tandop dan Rozi. Tu pun Aku bagitau Rozi yang kami akan ke UUM (on road), kalau tidak, aku rasa dia pun tak mau join.
Kalau ikut plan, pukul 8.30 pagi kami dah start kayuh tapi............
"Aiseymen, bila masa pulak depa buat tangki ayaq kat atas jalan ni, patah balik." ujar Tandop Kegeraman (Jangan marah Dop, aku gurau saja)
"Kita Akan Tawan puncak Bukit Telipong itu." kata Tandop dengan girangnya, sambil Rozi tersenyum ceria. Tapi situasi ini sebelum kami climbing. Selepas climbing wajah kami berubah 100%.
Sampai kat sini, kami akhirnya mengalah kerana bukit semakin curam dan berbatu. Ditambah pulak Rozi kena kerja petang ni. Misi kami untuk menawan puncak Bukit Telipong akhirnya terpaksa ditangguhkan dahulu (bukan gagal na). Suatu hari nanti kami pasti akan datang balik ke sini.
Kalau ikut plan, pukul 8.30 pagi kami dah start kayuh tapi............



June 25, 2009
UUM XC RACE 2009
Akan berlangsung pada 19 Julai 2009. Aku teringin jugak nak join, tapi mampukah aku bersaing dengan rider lain yang telah lama berkecimpung di dalam arena MBT ini. Tapi yang penting jersey jamboree ni memang lawa. Amir kata yuran pendaftaran RM 50. Insyallah kalau jadi la, ini akan menjadi jamboree yang pertama yang akan aku sertai.
June 23, 2009
June 21, 2009
June 20, 2009
MEREMPIT KE BUKIT WANG
Pagi tadi aku, Amir & Rozi, kami kayuh ke Rimba Rekreasi Bukit Wang, Jarak dalam 45 km pergi dan balik. Memang letih, tapi yang penting puas.
Lepas minum kami terus balik sebab Rozi kerja petang, aku dengan amir pulak cuti kalau tidak, boleh la lepak lama sikit. Nanti kami nak ajak Tandop kayuh sama pi Bukit Wang, Amir kata Tandop tak pernah ride sampai Bukit Wang lagi. Sekian, jumpa lagi.
Lepas minum kami terus balik sebab Rozi kerja petang, aku dengan amir pulak cuti kalau tidak, boleh la lepak lama sikit. Nanti kami nak ajak Tandop kayuh sama pi Bukit Wang, Amir kata Tandop tak pernah ride sampai Bukit Wang lagi. Sekian, jumpa lagi.
KAYUH BASIKAL DI WAKTU MALAM
June 19, 2009
SALAM PENGENALAN KEPADA SEMUA......
Saya masih Baru dalam bidang MTB ni kalau ada apa-apa kesilapan sepanjang penulisan saya di dalam blog ini sila tegur dan beri tunjuk ajar.




Basikal yang aku guna sekarang, Trek 6300

Di awal penglibatan, salah satu sebab aku join MTB ni untuk slim kan sikit badan aku.
Amir Plus, orang yang bertanggungjawab sehingga aku terlibat di dalam bidang per 'MTB' an ini.

Aku & kawan2 Amir, Rozi & Tandop. Laluan Changlun-UUM-Felda Bkt. Tangga
Subscribe to:
Posts (Atom)