June 26, 2009

MISI TAWAN BUKIT TELIPONG

Asyik dok kayuh on road saja, bosan jugak. Semalam aku cuba contact seberapa ramai rider yang ada kat area Changlun untuk kayuh pagi Jumaat (hari ni la). Tapi rider yang free dan boleh join hanya 3 orang sahaja iaitu aku, Tandop dan Rozi. Tu pun Aku bagitau Rozi yang kami akan ke UUM (on road), kalau tidak, aku rasa dia pun tak mau join.

Kalau ikut plan, pukul 8.30 pagi kami dah start kayuh tapi............

Tukar tayar beskal Tandop (on road - off road)

Pukul 9 lebih baru kami Start kayuh.

Tayar belakang beskal Tandop angin kureng. Stop and pump some angin dulu la.

Gambar aku kena masuk jugak.

Tandop kata jalan ni short cut ke Bukit Kayu Hitam.

"Aiseymen, bila masa pulak depa buat tangki ayaq kat atas jalan ni, patah balik." ujar Tandop Kegeraman (Jangan marah Dop, aku gurau saja)

Layan off road. XC RULES! Yeahhhhh

Kiri kanan kiri kanan, ahh kita bantai sajalah janji climb hill.

"Kita Akan Tawan puncak Bukit Telipong itu." kata Tandop dengan girangnya, sambil Rozi tersenyum ceria. Tapi situasi ini sebelum kami climbing. Selepas climbing wajah kami berubah 100%.

Tandop sedang mengajar kami skill MTB yang sebenar. (MTB - Mari Tolak Basikal)

Sampai kat sini, kami akhirnya mengalah kerana bukit semakin curam dan berbatu. Ditambah pulak Rozi kena kerja petang ni. Misi kami untuk menawan puncak Bukit Telipong akhirnya terpaksa ditangguhkan dahulu (bukan gagal na). Suatu hari nanti kami pasti akan datang balik ke sini.

Permandangan alam semula jadi dari atas Bukit Telipong. Sekian.

No comments: