December 31, 2009

KAYUHAN FAREWELL 2009 & HOMESTAY AMIR

Penat betoi la kayuh petang ni, antara faktor yang menyumbang kepada kepenatan ini ialah aku tak makan tengah hari, pastu lama tak kayuh 4 hari ada la kot, yang terakhir cuaca panas sekarang ni, lapaq ayaq oooo...
Amir di hadapan pintu gerbang UUM
Sampai kat Kampung Tradisi, adik ni meluru keluar dari rumahnya, mungkin kerana beliau terlalu berminat dengan sukan berbasikal menyebabkan beliau terlupa nak pakai seluar, beliau bertanya kami "abang pi yaner tadi, pi empit ye,"...
Amir mempromosi Homestay bapa mertuanya yang terletak di Kampung Tradisi Changlun, sesuai untuk penginapan para rider yang akan menyertai Perlis Jamboree @ Ride Up North yang akan berlangsung pada 14/03/2010.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Amir di no H/P : 012-5314883

Tamat

No comments: