August 24, 2016

SAHABAT MTB BARU & PANJAT BUKIT 7 BERADIK


23/08/2016 Petang, mulanya aku plan go outside & kayuh solo untuk bakar kalori jer, ingat nak layan kayuh road je la sekali terserempak ngan Abang Bree Combat ngan Ustaz kat bukit masjid BPJ. Depa ajak kayuh off road ikut trek kelapa sawit, aku pun on jer sebab best jugak layan off road ni. Lepas tu aku try ajak depa kayuh pi Bandar Seri Astana (Park Homes) & nak tau jugak kot2 ada jalan short cut ke situ.

Masa lalu jalan Astana Park Homes, kami terserempak pulak dengan member baru MTB iaitu Faizal & Anuar, depa ajak kami kayuh kat Bukit yang depa panggil bukit 7 beradik kat belakang kawasan Park Homes. Mula2 kami on jer jugak tapi bila sampai kat kaki bukit Abang Bree ngan Ustaz mintak untuk menarik diri panjat bukit tu sebab dah lewat petang.

Tapi aku teringin nak panjat bukit tu & jadi aku amik keputusan untuk follow Faizal & Anuar panjat bukit 7 Beradik tu.







SELAMAT HARI MERDEKA

No comments: