May 1, 2010

PENCARIAN HARTA PUSAKA NEGERI KEDAH...

01/05/2010 - Pagi tadi bersempena dengan hari buruh, aku bersama 3 orang sahabat iaitu Amir, Shahirul & Hafiz telah menjoinkan diri kami dengan satu acara kayuhan berkonsepkan mencari harta karun. Acara yang berlangsung di menara Alor Setar ini telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah dan Pihak Pengurusan Menara Alor Setar. Tak Ramai peserta yang hadir untuk mengambil bahagian kerana pertindihan tarikh yang sama dengan satu lagi acara kayuhan di kulim. Walaupun tak ramai, tapi kami tetap enjoy, buktinya boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah...

detik permulaan acara...
Amir sedang kontrol ensem...
hai Shahirul, don't read and ride, very danger lol...
Hafiz kayuh steady je, kuat jugak mamat nih...
keindahan Masjid Zahir...
Lokasi check point pertama, Galleri Sultan Abdul Halim Muazam Shah...
ada beberapa soalan yang perlu kami jawab di setiap check point yang dilawati selain mendapatkan cop...
antaranya, apakah warna kenderaan Tuanku Sultan yang bernombor plet A637, puas kami pusing satu geleri mencari kereta tersebut, last2 Amir jumpa kereta tersebut pada sekeping gambar tersemat di dinding galleri, fuhhhhh jumpa jugak...

berapakah bilangan pintu dan tingkap yang terdapat di Balai Nobat? kami dah tahu jawapannya, kalau nak tahu gak kena pi bilang sendiri, hehe...
soalan seterus nya di Balai Seni Negeri...
antara lukisan yang terdapat di Balai Seni Negeri...
Shahirul sibuk mencari clue...
kumpulan peminat & pemilik motosikal antik berkumpul untuk konvoy...
meriam yang digunakan untuk mengawal kerajaan Kedah suatu masa dulu, ni kat kawasan Rumah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...

Amir cuba untuk tolak meriam...
Hafiz & Amir posing dengan beca lama...
antara basikal antik yang mengambil bahagian...
antara barang2 bersejarah...

tahukah anda siapakah gerangan pemilik Tengkolok bertahtakan bulu burung Cendrawasih ini...
pemilik tengkolok tersebut ialah Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-26, baginda memerintah Kedah selama 61 tahun antara tahun 1882 sehingga 1942, Baginda Sultan merupakan ayahda kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Malaysia yang pertama...
ini adalah tempat abu rokok Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang di perbuat dari tanduk kambing gurun...
antara senjata yang digunakan oleh Baginda Sultan...
amboi depa khusuk sungguh dengaq penerangan....
amboi sampai kat bawah rumah pun masih dok bertanya soalan...



check point seterusnya, kat depan rumah kelahiran Tun Dr Mahathir...

check point ni kat Rumah Merdeka...
Muzium Negeri Kedah menjadi check point terakhir...
antara barang bersejarah di Muzium Negeri...
tudya haihh, beskat naik 2 orang pun ada...
kuda putih aku pun request untuk posing jugak...
habis, acara menghantar borang...
12 tengah hari baru acara cabutan bertuah diadakan, sementara tu kami lepak sambil tengok autoshow...

aikkk, Dutsun 120Y pun masuk autoshow gak...



acara cabutan beruah, Amir dapat helmet...
abang ni bertuah sungguh dapak gerek...
aku pun dapat gak, hehe...botol air je, jadi la dari tak dapat apa2, Shahirul & Hafiz pun dapat botol air jugak...

Yang bestnya kami dapat refund balik duit register RM20 daripada RM30...cuma bayar RM10 je la, memang best...

TAMAT


1 comment:

Unknown said...

Terima Kasih Rushdone kerana memaparkan basikal Twincycle saya kedalam blog anda.