October 24, 2009

KELAHIRAN CAHAYA MATAKU YANG KETIGA...


Jumaat, 23hb Oktober 2009, Alhamdullillah, Syukur Kehadirat Illahi, hari yang cukup bermakna buat aku dan isteri ku. Kami dikurniakan cahaya mata yang ke-3 pada pukul 9.30 malam di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Aku ingin memberi nama baby girl ini
NUR MAISARAH QISTINA yang bermaksud cahaya ketenangan & keadilan. Semoga dia akan membesar sebagai insan yang beriman & bertaqwa kepada Allah serta berguna kepada masyarakat & negara. AMIN

Maisarah lapar ya...

Berat Nur Maisarah Qistina 3.05 kg.

First time scan, doktor kata kemungkinan kami dapat anak lelaki, apalagi aku pun buat persediaan set pakaian baby warna biru. Tapi tuhan maha kuasa, Alhamdullillah aku dapat anak perempuan. Shopping baju pink pulak la sekarang ni. (^_^)

Aku ambil gambar ni semasa Maisarah tidur sambil senyum.

Abang Long & Kak Ngah sangat gembira dengan kehadiran adik mereka Maisarah. Dari kiri, Muhammad Zarif Iskandar & Nur Zuhayra Nasrin.

5 comments:

Afrezal Karim said...

Tahniah buat saudara sekeluarga.. moga senantiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT

~UmmU SoLehah~ said...

salam uncle..

tahniah..

cutenye Maisara ^_^..

Smoga dia Jadi anak yg Solehah..

Mohd Rashdan Bin Abd Rahim said...

Terima Kasih Riezal & Ana, Insyaallah Saya akan menerapkan Ilmu Agama kepada anak2 saya supaya mereka menjadi anak yang soleh & solehah...

Azriey SinarMawaddah said...

Comelnyeeee anak hg ni. rezeki hg Alhamdulillah berubah bila pindah ke perlis. Tahniah! aku cite kat pali k. Lahir kat sana, nape x blk tikam batu?

Semoga dimurahkan rezeki dan menjadi bapa yg lebih bertanggungjawab serta lebih bersemangat bekerja.

Noor said...

tahniah~murah rezeki