January 18, 2010

PERCAYAKAH ANDA...???

Sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena dengan cerita di posting ini, kalau nak tahu harga RB ni RM 30ooo+....perhhh, boleh beli kete beb.


Haaa, yang ni baru berkaitan dengan tajuk di atas. Ok, percayakah anda jika aku kata bahawa petang tadi aku, Amir ngan Acong telah melakukan kayuhan dari Changlun sampai ke Port Klang??? Sebuah cerita fantasi bukan, tapi lihatlah gambar dibawah, dari manakah datangnya kontena-kontena itu semua? Persoalannya, percayakah anda...????????




Hang tunjuk apa tu Acong???

Ini Jawapannya...haha, sebenarnya petang tadi kami kayuh ke Danok melalui kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam. Gambar di atas diambil di hadapan sebuah gudang kontena. Haha, I'm sori....

Tapi gambar di Danok tidak sempat di nak ambil sebab tengah minum kat satu kedai tu ada satu pergaduhan la pulak, TEI! TEI! TEI!.....apalagi kami pun terus blah la, takut beb.

Habis Dah...

No comments: