June 28, 2009

MENGEMBARA BERDUET BERSAMA AMIR...........

Tajuk macam best saja, biasa la bikin gempak sikit. Tadi aku pi servis beskal kat Extreme Bike, Amir plus pun pi sebab nak register jamboree UUM. Sekali jumpa brother Lontruth la, aku memang respect habis cara dia upgrade beskal. Nice to meet you bro....Sorang lagi Superstar MTB yang aku teringin sangat nak jumpa, tak lain tak bukan.....MAT KEDAH.

Kiri Tandop (aku kenai dah), yang kanan Lontruth.

Kita berbalik kepada tajuk kita. Awal2 lagi Amir dah plan 'baik punya' untuk kumpulkan ramai rider kat area Changlun ni untuk kayuh petang Sabtu. Sekali petang tu, kami dua orang sahaja yang boleh kayuh.

Climb hill cara amatur. Biasa la, baru lagi.

Downhill cara semi pro. Macam liga bola la pulak.

Nampak tak signboard Bahaya tu. Area ni ada paip gas bawah tanah. Aku cuak la jugak, tapi Amir kata no problem.

Amir, posing habis di tepi bendang..........

Aku pun tumpang sekaki la.............
Mungkin Amir teringat kenangan lama berdating di tepi sawah, aku rasa la.

Amir di kejar peminat cilik yang meminta autografnya. Kih kih kih.....

Indah sungguh permandangan alam semulajadi. Jumpa lagi.

June 26, 2009

MISI TAWAN BUKIT TELIPONG

Asyik dok kayuh on road saja, bosan jugak. Semalam aku cuba contact seberapa ramai rider yang ada kat area Changlun untuk kayuh pagi Jumaat (hari ni la). Tapi rider yang free dan boleh join hanya 3 orang sahaja iaitu aku, Tandop dan Rozi. Tu pun Aku bagitau Rozi yang kami akan ke UUM (on road), kalau tidak, aku rasa dia pun tak mau join.

Kalau ikut plan, pukul 8.30 pagi kami dah start kayuh tapi............

Tukar tayar beskal Tandop (on road - off road)

Pukul 9 lebih baru kami Start kayuh.

Tayar belakang beskal Tandop angin kureng. Stop and pump some angin dulu la.

Gambar aku kena masuk jugak.

Tandop kata jalan ni short cut ke Bukit Kayu Hitam.

"Aiseymen, bila masa pulak depa buat tangki ayaq kat atas jalan ni, patah balik." ujar Tandop Kegeraman (Jangan marah Dop, aku gurau saja)

Layan off road. XC RULES! Yeahhhhh

Kiri kanan kiri kanan, ahh kita bantai sajalah janji climb hill.

"Kita Akan Tawan puncak Bukit Telipong itu." kata Tandop dengan girangnya, sambil Rozi tersenyum ceria. Tapi situasi ini sebelum kami climbing. Selepas climbing wajah kami berubah 100%.

Tandop sedang mengajar kami skill MTB yang sebenar. (MTB - Mari Tolak Basikal)

Sampai kat sini, kami akhirnya mengalah kerana bukit semakin curam dan berbatu. Ditambah pulak Rozi kena kerja petang ni. Misi kami untuk menawan puncak Bukit Telipong akhirnya terpaksa ditangguhkan dahulu (bukan gagal na). Suatu hari nanti kami pasti akan datang balik ke sini.

Permandangan alam semula jadi dari atas Bukit Telipong. Sekian.

June 25, 2009

UUM XC RACE 2009

Penaja Utama

Akan berlangsung pada 19 Julai 2009. Aku teringin jugak nak join, tapi mampukah aku bersaing dengan rider lain yang telah lama berkecimpung di dalam arena MBT ini. Tapi yang penting jersey jamboree ni memang lawa. Amir kata yuran pendaftaran RM 50. Insyallah kalau jadi la, ini akan menjadi jamboree yang pertama yang akan aku sertai.

Bayar daftar RM50, dapat jersey ni. Amir jom kita join.

Hadiah Lumayan la jugak, tapi yang penting kepuasan menamatkan acara.

Penaja untuk Cabutan Bertuah. Kalau dapat salah satu pun jadi la.

June 20, 2009

MEREMPIT KE BUKIT WANG

Pagi tadi aku, Amir & Rozi, kami kayuh ke Rimba Rekreasi Bukit Wang, Jarak dalam 45 km pergi dan balik. Memang letih, tapi yang penting puas.

Snap pic masa tengah ride....tu yang nampak kepala saja.

Woi mana aci, gambar ni ada hanpa dua orang saja, apsal aku takdak?

Amir sedang menunjukan gaya kayuhan jamboree.....he he heh.

Rozi pulak menunjukan gaya kayuhan kepenatan....

Riak wajah kepenatan, masa ni kalau ada orang mai buat lawak pun tak gelak dah.


Lepas minum kami terus balik sebab Rozi kerja petang, aku dengan amir pulak cuti kalau tidak, boleh la lepak lama sikit. Nanti kami nak ajak Tandop kayuh sama pi Bukit Wang, Amir kata Tandop tak pernah ride sampai Bukit Wang lagi. Sekian, jumpa lagi.

KAYUH BASIKAL DI WAKTU MALAM

Semalam kami kayuh pi UUM, pi balik ada dalam lebih kurang 23 km, Empat Rider yang terlibat, Aku, Amir, Tandop & Din. Mula di kedai Tandop pukul 8.30 malam.






Ini sajalah gambar yang sempat kami snap.

June 19, 2009

SALAM PENGENALAN KEPADA SEMUA......

Saya masih Baru dalam bidang MTB ni kalau ada apa-apa kesilapan sepanjang penulisan saya di dalam blog ini sila tegur dan beri tunjuk ajar.




Basikal yang aku guna sekarang, Trek 6300




Di awal penglibatan, salah satu sebab aku join MTB ni untuk slim kan sikit badan aku.


Amir Plus, orang yang bertanggungjawab sehingga aku terlibat di dalam bidang per 'MTB' an ini.



Aku & kawan2 Amir, Rozi & Tandop. Laluan Changlun-UUM-Felda Bkt. Tangga