January 29, 2010

3 IN 1 PUNYA CERITA...

CERITA PERTAMA
24/01/2010 AHAD - Acong ajak aku untuk kayuh malam dengan Amin bersama geng Alor Setar. Tapi aku kata kat Acong aku tak leh pi, kalau kayuh kat area Changlun - UUM boleh le. Lalu Acong pun ikut aku, kami kayuh ke bukit TNC untuk climb 2 shot. Dalam perjalanan ke UUM, Acong dapat call dari Amin mengatakan yang acara kayuhan malam kat Alor Setar di batalkan. Fuhh.. nasib baik kami tak pi. Selepas bukit TNC, kami terus ke Kolej Bank Rakyat kat Bukit Kaci. Dalam perjalanan balik kami ditegur oleh seorang sahabat baru MTB Changlun. Nama beliau Nikmat, beliau baru study kat UUM dan dah lama main MTB sebelum ni. Walaupun student, beliau mengunakan beskat Giant full suss dan kereta Subaru Forester warna putih...wow.

Kalau John Terry kayuh MTB, beginilah gayanya...
Acong dengan gaya metal brutalnya, wua ha ha...

CERITA KEDUA
24/01/2010 AHAD - Aku terima panggilan telefon dari Tuan Haji Ramly Sp, dia kata dia on the way daripada Perlis ke Changlun sebelum balik ke SP. Aku pun teringat yang aku pernah ajak beliau untuk pekena daging bakar & tom yam susu kat Danok. Kena pulak time tu aku baru balik dari kerja dalam pukul 2.30 ptg. Nak dijadikan cerita, kami naik motor je sebab laluan kereta kat check point BKH sesak teruk di laluan dari Thailand ke Malaysia. Semasa makan aku sempat bagi duit pendaftaran RUN10 untuk aku, Amir & Acong kepada Tuan Haji. Jumpa kami di Run10 nanti...

RUN10, here we come...
Tom Yam Susu, Daging + Lidah Bakar & Sup Sayur, yum yum delicious...
Tuan Haji Ramly SP

CERITA KETIGA
28/01/2010 KHAMIS - Ini amaran kepada Lontruth, seorang jaguh downhill dalam pembikinan, hahaha...gurau je Lont jgn amik hati noh. Sebenarnya ini anak aku yang sulong bersama beskat downhill bonsainya yang baru aku beli kemarin. Aku beli beskat ni sebab kesian kat anak2 aku berebut nak main beskat petang2. Mula2 aku suruh main beskat hitam yang anak perempuan aku naik (dalam gambar last) tu secara bergilir-gilir, tapi tak jadi sebab depa asyik dok bergaduh je. Satu sebab lagi ialah untuk beri motivasi kat depa supaya rajin2 belajar, selepas dapat beskat baru ni depa dah tak liat nak pi sekolah dan kerja sekolah pun depa buat dulu sebelum main. Sekarang anak2 aku dah gembira bermain petang2, tak gaduh2 lagi...

Zarif seronok dapat beskat baru...
Gaya seorang jaguh Downhill...
Dari Kiri Zarif & Zuhayra, gembira bersama-sama...

TAMAT

January 23, 2010

SWIMMING WITH MY FAMILY...

Hari ni aku bawa family beriadah lagi, kali ni kami pergi berenang kat kolam renang Seri Kedah Gardeniaa Resort berdekatan dengan pekan Napoh & Changlun. Bayaran masuk dewasa RM5 & kanak-kanak RM3, semua sekali yang aku kena bayar cuma RM16. Memang best la sebab orang lain tadak, hanya family aku sahaja yang mandi & berenang kat kolam tu, dah macam kolam tu aku yang punya la, haha... Lanskap resort ni pun cantik, memang berbaloi dan dapat menghilangkan tekanan kerja. Next time, nak pi lagi...
























Tamat

January 22, 2010

KAYUHAN DI KALA PADI MENGUNING...

Hari ni aku kayuh berduet ngan Amir sahaja. Kalau nak ikut plan semalam, seramai 5 orang rider yang akan kayuh pagi ni, tapi mungkin depa ada hal yang tak dapat dielakkan. Kami sekadar kayuh santai melalui Felda Guar Napai untuk maintain fitness.

Jarak kayuhan : 30km
Max speed : 55km/j
Avrage speed : 20km/j

permandangan sawah padi menguning memang cantik...
...
Amir merenung jauh...
melalui Felda Guar Napai...
berehat kat pondok durian...

sampai kat resort...
Amir posing maut...

Finish

January 20, 2010

VIDEO TRAINING MTB part 2






KAYUHAN DI KALA SENJA...

Petang tadi aku, Amir & Acong, kami kayuh syok-syok ikut laluan Changlun - Guar Napai - Napoh - Pekan Darat - Changlun. Jarak kayuhan di anggarkan 35km. Sampai kat Pekan Napoh kami lepak kat Restoran Jo Cendol Pulut untuk pekena cendol & ais kacang. Disebabkan minum ais, time nak balik enjin jadi sejuk lalu kayuhan balik menjadi semput tahap kura-kura. Kami sempat ambil gambar posing di kala senja semasa melalui kampung kat area Pekan Darat.



Tamat

January 18, 2010

PERCAYAKAH ANDA...???

Sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena dengan cerita di posting ini, kalau nak tahu harga RB ni RM 30ooo+....perhhh, boleh beli kete beb.


Haaa, yang ni baru berkaitan dengan tajuk di atas. Ok, percayakah anda jika aku kata bahawa petang tadi aku, Amir ngan Acong telah melakukan kayuhan dari Changlun sampai ke Port Klang??? Sebuah cerita fantasi bukan, tapi lihatlah gambar dibawah, dari manakah datangnya kontena-kontena itu semua? Persoalannya, percayakah anda...????????




Hang tunjuk apa tu Acong???

Ini Jawapannya...haha, sebenarnya petang tadi kami kayuh ke Danok melalui kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam. Gambar di atas diambil di hadapan sebuah gudang kontena. Haha, I'm sori....

Tapi gambar di Danok tidak sempat di nak ambil sebab tengah minum kat satu kedai tu ada satu pergaduhan la pulak, TEI! TEI! TEI!.....apalagi kami pun terus blah la, takut beb.

Habis Dah...