February 26, 2010

NIGHT SHOT & LIGHT EFFECTS - BEGINNER LAGI...

Aku teringin nak cuba shot trail lampu kereta pada waktu malam, so aku ajak acong untuk teman aku, takut la jugak kalau nak shot sorang-sorang. Kami guna tripod untuk shot semua gambar ni tapi tak guna remote shutter, sebab tu hasil gambar tidak berapa sharp, tak puas hati betul la. Next time kami nak cuba lagi night shot dengan remote shutter la pulak...





to be continued...


February 24, 2010

NIKMATNYA KAYUH PETANG...

24/02/2010 - Lama aku tak kayuh, dekat2 seminggu kot, asyik sangat main2 ngan DSLR sampai lupa nak kayuh. So, petang ni Acong ajak kayuh dengan member baru Nikmat. Kami kayuh leisure je kat laluan training kami Guar Napai-Napoh-Kg Darat.

jambu sungguh Acong petang ni, haha...
gaya kepenatan sebab lama tak kayuh...
Nikmat steady je, dia hari2 kayuh ni patut la kuat bebenor...
sorang happy sorang lagi steady, haha
ahhh, tak boleh jadi ni kena kuatkan semangat...
Singgah sebentar di Restoran Jo Cendul Pulut kat Pekan Napoh...
Nikmat betul la pekena Cendul bersama bro Nikmat, haha...
perjalanan balik, langit gelap macam nak hujan je...
teringin nak kayuh beskat ni...
Sekali hujan turun betul la, terpaksa la lepak sambil pekena laksa, sodap la pulak, haha.

FINISH

February 17, 2010

EXPLORING FOR NEW TREK PART 2...

17/02/2010 - Petang ni aku kayuh dengan Amir, objektif kami untuk mencari trek baru di area Laka Selatan. Seperti kayuhan mencari trek baru bersama Acong sebelun ini [Link], trek ini juga ada halangan daripada anjing yang cuba menyekat kayuhan kami. Tetapi mujurlah tuan punya anjing tersebut dapat memberi kerjasama dengan menegur anjing-anjingnya, dapatlah kami meneruskan kayuhan. Trek ini juga agak panjang dan ada banyak lagi simpang yang boleh diterokai lagi. Kami tak dapat nak explore dengan lebih mendalam trek ini kerana masa membataskan usaha kami. Insyaallah, lain kali kami akan datang lagi ke trek ini...

"who let the dogs out, worff worfff x2"
Kelihatan Amir cuba untuk berunding dengan ketua kumpulan anjing tersebut, tapi tidak berjaya, haha... :p
(...jangan marah Amet, gurau je, haha)
Kami sangat berterima kasih kepada tuan punya anjing tersebut (uncle siam kat dalam anak sungai tu)...
Amir begitu gembira sebab dapat meneruskan kayuhan, hahaha fuh lega haihhh.
Aksi kayuhan terhebat daripada penulis, alamak gambar blur la pulak, lepas ni kena bawak DSLR la time kayuh, baru gambar nice & sharp...
Amir jugak tidak ketinggalan menggayakan aksi downhill terlampaunya, hahaha :p
merentasi kawasan dusun buah-buahan...
Aksi downhill daripada Amir, mantoppp babe...
Last sekali, aksi ntahapantah daripada kami berdua, hahaha :p

...akhir kata, trek ni memang best untuk kayuhan cross country. XC RULES.

TAMAT

February 14, 2010

PLAYING WITH SHUTTER SPEED AT SWIMMING POOL...

14/02/2010 - Pagi Tahun Baru Cina ni aku bawa keluarga pi mandi kat swimming pool. Sambil tu, aku cuba asah bakat mengunakan DSLR secara manual, hasilnya cukup mengagumkan...
















Akhir sekali gambar aku terjun la pulak, nak tahu siapa yang shot gambar ni...isteri aku la, berbakat juga dia ya.

TAMAT

February 12, 2010

NICE TRAIL BUT WHO LET THE DOGS OUT...

11/02/2010 - Aku ajak Acong & Amir kayuh pagi, tapi cuma Acong saja yang boleh kayuh. Di sebabkan boring asyik kayuh di laluan yang sama, jadi aku beri cadangan kat Acong untuk kami explore trail baru kat area changlun, Acong kata, "aku ON je". Kalau tengok gambar memang trail ni nampak best tapi...

Acong climbing dengan confidence nya...
trail di area kabel TNB...
daun pokok getah akan luruh di musim panas & kemarau ni...
posing kat titi kayu, kuat lagi titi ni...

best, ada gua pokok buluh la...

aksi Acong downhill, best...
potong mood betul la anjing2 tu...

...di sepanjang laluan akan bertemu dengan banyak anjing peliharaan orang siam dan anjing penjaga ladang kambing (gambar anjing tak sempat nak ambil sebab paham2 jelah, kena selamatkan diri dulu ooo). Bayangkan kami terpaksa off route di trail yang dah sememangnya off road.

TAMAT