November 30, 2009

CHANGLUN=>GUAR NAPAI=>NAPOH=>PEKAN DARAT=>CHANGLUN...


Sori geng aku keluar lambat sikit pagi tu, aku pam tayar beskat aku yang kempis. Aku dah rasa tak sedap hati, so aku bawa beg berisi tool & tayar dalam spare jika berlaku emergency...

Ternyata ramalan aku benar belaka, tayar belakang beskat aku kembali kempis.Aku cuba sekali lagi pam tayar tersebut, masa ni aku dah suspek tayar tu mesti bocor punya la...

Akhirnya aku decide untuk tukar tayar dalam, ini la first time aku hands on cara menukar tayar dalam setelah melihat secara teori di dalam buku Cycling Malaysia...

Amboi Tandope, laju sungguh hang kayuh selepas bertukar kepada groupset sram nih...

Geng 3A, dari depan Amin, Acong & Azizul. Amin, kalau free mai la join kami kayuh kat laluan ni lagi...

Hai Tandope, takkan nak balik naik bas kot...

Amende la sahabat-sahabat aku ni...

Aksi ini dinamakan mengontroll hensem di bas stand...

Makan time, pekena roti canai + telor separuh masak, peaqhhh memang best...

Amin dengan selamber meninggalkan tandop 1/4 tiang...

Acong pulak agak bersusah payah untuk mengejar Azizul...

Kayuh punya kayuh kami sampai kat sebuah tandop yang sangat besar, apa lagi seronok la Tandope. Sampai kat sini ada remaja bermotosikal yang mengoferkan diri mereka untuk menjadi Marshal, lalu kami pun setuju...

Haaa terjun sorang-sorang bermula dari kiri, aikkk Acong sempat buat senaman yoga lagi...

Amin seronok di escort marshal semasa perjalan pulang ke Changlun. TAMAT

November 26, 2009

SALAM AIDILADHA & TRAINING KAT FELDA GUAR NAPAI...


Posing baik punyaaa...

Ini dinamakan posing menghilangkan dahaga, hehe...

Best betul la route guar napai ni, macam roller coaster, sesuai untuk latihan intensif, udara pulak nyaman.

November 21, 2009

BUKIT TNC UUM, RIDE BERSAMA AMIR...


Sekadar gambar hiasan.

Setelah sekian lama berlatih, akhirnya aku berjaya juga meninggalkan Amir semasa climbing. Ini dikuatkan lagi dengan faktor Amir lama tak kayuh, he he he...

Dua ekor kuda putih, aik..bila masa kuda hang tumbuh tanduk hah Amir???

Berehat sebentar sebelum sambung climbing, lepas ni kita try buat one shot pulak...

Penat Amir, tu la bila aku ajak ride hang bagi banyak sangat madah berhelah...

Posing frust menonggeng istimewa daripada aku, Amir apasal hang snap gambar tak centre...

Trek vs Giant...

Hujan lebat telah membantutkan perjalanan balik, jadi lepak kat kedai makan sambil pekena jus apple dan mee hong kong...

November 19, 2009

KEINDAHAN & KECANGGIHAN MTB DOWNHILL...


CUBE

COMMENCAL

BANSHEE

INTENSE

TREK

SPECIALLIZED

SCOTT

SANTA CRUZ

YETI

KTM

GIANT

KONA

CANNONDALE

IBIS

IRON HORSE

GT

KEINDAHAN MTB DOWNHILL...

November 15, 2009

KAYUHAN GET TOGETHER MEMANG BEST...

Pagi ini aku join Kayuhan Get Together kat trek Bukit Ulu Pauh setelah mengambil cuti, kalau nak diikutkan aku kena kerja pagi. Faktor yang menyebabkan aku teruja untuk join acara kayuhan ini adalah kerana kehadiran ramai rider (blogger) MTB otai & berpengalaman dari Negeri Perlis & Kedah, serta tujuan acara ini adalah untuk kenal-mengenal sesama mountain bikers. Ni la first time aku kayuh kat trek ini dan bagi aku trek ni memang best walaupun di musim hujan ni. Aku harap lepas ni aku akan datang lagi untuk kayuh di trek ini bersama-sama rider-rider Changlun yang lain seperti Tandop, Amir, Acong, Acik, Azizul & ramai lagi. Jumpa lagi di sana di sanaaaa...

Trek : Bukit Ulu Pauh
Jarak : 15.68 km
Max Speed : 44.2 km/h

Breakfast dulu kat kedai makan di hadapan politeknik...

Berkumpul di parking lot Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pukul 8am...

Long Mie & Abang Ronn, Dua orang otai yang berpengalaman luas di dalam arena MTB...

Wa Don selalu sangat kayuh pakai road bike, sekali-sekala dia turun off road dengan full sus Santa Cruz Blur nya.

Wan Blitz & Lontruth, 2 orang rider tegar yang berjaya memujuk aku untuk join kayuhan ini, walaupun di saat-saat akhir aku hampir-hampir kensel...

Ucapan dan bacaan doa oleh Presiden Perlis MTB Club serta penerangan ringkas tentang Jamboree Perlis yang akan diadakan pada tahun depan...

Sir ChanNXT bagi briefing serba sedikit tentang perjalanan acara & trek yang akan kami lalui...

Wa Don & Wan Blitz in action...

2 gerek pacit sekaligus...

Sori Tandop & Acong, aku tak dapat ikut hangpa pi trek Wang Perah pagi ni...

Vayron diberikan tugas sebagai penunjuk arah...

Pandangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dari atas Bukit Ulu Pauh...

Seronok dapat kayuh dengan rider berpengalaman seperti Long Mie, Wa Don, Lontruth, Azam, Syam & ramai lagi.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan...

Best betul la galaih beskat untuk lintaih parit ni...

Berasap macam medan perang, dam dam dum bunyi mercun...

Veyron sedang beraksi, memang kuat betul la brother ni...

Climbing U-Turn...

Downhill, yahoo...

Alamak, jalan jem da, he he he...

Semua orang teruja melihat aksi downhiuuu Lontruth dengan phu sarp nya...

Mana aci Lont, hang bawak bekai makanan...

Kelihatan Abg Din TTG tengah dok telefon. Sampai kat sini organizer bagi 2 option, nak teruskan kayuhan climb hill lagi ka nak balik, aku pilih option balik sebab lapaq nasik & ayaq pun dah habis...

Puaih hati betul la pakai saddle fizik gobi ni, memang sedap duduk...

Gambar kuda putih aku sebelum kayuhan, dalam keadaan shining & blink blink...

Gambar selepas kayuhan, belemoih tak ingat, nak boh dalam kereta pun mata berayaq...

Aik? pasai apa penuh salji plak, basuh kat snow car wash da, badan dah letih tak larat nak tonyoh dah...Adios.