October 24, 2009

KELAHIRAN CAHAYA MATAKU YANG KETIGA...


Jumaat, 23hb Oktober 2009, Alhamdullillah, Syukur Kehadirat Illahi, hari yang cukup bermakna buat aku dan isteri ku. Kami dikurniakan cahaya mata yang ke-3 pada pukul 9.30 malam di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Aku ingin memberi nama baby girl ini
NUR MAISARAH QISTINA yang bermaksud cahaya ketenangan & keadilan. Semoga dia akan membesar sebagai insan yang beriman & bertaqwa kepada Allah serta berguna kepada masyarakat & negara. AMIN

Maisarah lapar ya...

Berat Nur Maisarah Qistina 3.05 kg.

First time scan, doktor kata kemungkinan kami dapat anak lelaki, apalagi aku pun buat persediaan set pakaian baby warna biru. Tapi tuhan maha kuasa, Alhamdullillah aku dapat anak perempuan. Shopping baju pink pulak la sekarang ni. (^_^)

Aku ambil gambar ni semasa Maisarah tidur sambil senyum.

Abang Long & Kak Ngah sangat gembira dengan kehadiran adik mereka Maisarah. Dari kiri, Muhammad Zarif Iskandar & Nur Zuhayra Nasrin.

October 21, 2009

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN...part 2

Petang ni aku buat kayuhan solo lagi setelah tiada kawan yang free untuk meneman. Aku buat kayuhan santai sambil mengambil foto permandangan yang aku rasa tak ternilai untuk digambarkan dengan kata2 akan keindahannya. Seperti datang satu lagi minat baru bagi aku untuk mengabadikan permandangan yang indah sambil kayuhan untuk menyihatkan badan, dua package yang aku rasa cukup bermakna dan boleh juga dikongsi bersama para sahabat sekalian.

Hari ini cukup cerah...

Ingatlah kita, yang hidup pasti akan mati...

Rumah kecil tiang sebatang...

Panorama Matahari Terbenam...

October 20, 2009

WAJAH-WAJAH ALAM SEMULAJADI DI BUKIT LEBAI HUSSEIN...

Semasa aku join XPDC MTB ke Bukit Lebai Hussein, aku ada snap beberapa keping gambar alam semula jadi kat situ. Kalau sapa2 nak amik buat wallpaper atau nak buat apa2 jelah just clik image untuk zoom and than Safe image as. Keindahan alam ini akan lebih elok kalau dapat dikongsi bersama.
Gambar ni aku ambil masa aku baru sampai kat Bulatan UUM, masa tu pukul 7 pagi matahari baru nak terbit dan langit bewarna merah.

Warna alam, hijau dan biru, sejuk mata memandang. Nampak tak ada seekor burung sedang terbang.

Gambar ni aku zoom di celah dahan pohon balak yang tinggi.

Sejuk dan jernih air yang mengalir di celah batu.

Hijau bumi tuhan...Marilah kita bersama-sama menjaganya.

October 17, 2009

XPDC MTB UNTUK MENAWAN BUKIT LEBAI HUSSEIN...

17hb Oktober 2009, pagi ni aku join satu XPDC berbasikal MTB ke Bukit Lebai Hussein berdekatan denagn UUM Sintok. XPDC ini di ketuai oleh Tandope sebagai Chief de mission dengan segala keperluan disediakan oleh beliau. Misi utama XPDC ini adalah untuk sampai kepuncak tertinggi bukit ini iaitu setinggi 753 meter mengikut data dan peta di bawah. Seramai 10 orang mountain bikers terlibat dan di antaranya blogger MTB iaitu Chan NXT, Mizi KHT & Acik UUM selain aku & Tandope.

Image peta dan data maklumat berkaitan Bukit Lebai Hussein

Berkumpul di depan bulatan UUM.

Mizi KHT & Amir dah tak sabar nak kayuh.

2 orang brother yang berdiri tu la yang menjadi petunjuk arah kepada kami sepanjang XPDC ini. Depa la yang bawak pickup kat belakang tu. Lupa nak tanya nama, tapi Tandope kenai.

Kayuh road dalam 1 km.

Mula masuk off road.

Kami start kayuh agak lambat, matahari pun dah tinggi.

Meredah anak sungai yang pertama, air jernih sungguh.

Chief de mission Tandop menjamu kami dengan pisang.

Masa ni kira bersih lagi sebelum membendangkan diri beramai-ramai. Yang tengah dok tengok HP tu Chan NXT, ni la first time aku kayuh ngan dia.

Ni anak sungai yang ke berapa aku pun tak tau, semua ada 4-5 batang anak sungai yang perlu kami redah.

Suasana suram dengan cahaya matahari bersinar di celah pohonan kayu.

Keadaan trek yang basah dan berlumpur telah menjatuhkan moral kami ketahap nak balik ke rumah.

Kelajuan tolakan beskal kami adalah pada tahap kelajuan siput. Tensen betul.

Ketebalan tayar bertambah satu inci menyebabkan tayar tidak dapat berpusing. Penat beb.

Dah sampai check point ka?. Ooo nak relek dulu pasai penat MTB (Menolak & Tuntun Basikal).

Climbing yang begitu memenatkan ditambah dengan bebanan tanah basah pada tayar.

Ini la di namakan RnR kat atas bukit. Pekena nasik lemak dengan bihun goreng yang desediakan oleh Tandope & Co.

Lepas makan & rehat kami teruskan kayuhan. Asyik kena climbing saja, semua rider tak senyum dah.

Halamak, kena redah keleboq atau menurut bahasa KL lumpur. Dalam pulak tu.

V-Brake Tandop terlucut.

Control hensem. Dari kiri, Farhan, Amir, Aku, Mizi KHT & yang berdiri tu Man Public Bank.

Yaa, inilah saat yang ditunggu-tunggu. Wan Blitz memulakan Aksi downhill xtreme.

Diikuti, Tandop yang menunjukkan skillnya.

Aksi Downhill berkumpulan ini di ketuai oleh Mizi KHT.

Amir begitu teruja mendownhillkan dirinya.

Aksi downhill berhemah tinggi dari Acik, diikuti oleh Azizul yang terbabas tapi tak teruk, sikit je.

Selepas saja downhill yang panjang, kami terserempak dengan anak sungai. Apalagi...

...basuh beskal la. Acara ini di ketuai oleh chief the mission Tandope.

Walaupun tidak berjaya sampai ke puncak tertinggi Bukit lebai Hussien yang berketinggian 753 meter, namun kami tidak akan berputus asa, suatu hari nanti kalau trek ni kering kita mai len. trek ni memang best. Kepada Tandope, layanan hang kepada tetamu kita memang sempoi.

October 16, 2009

HELMET LIMAR 910 CARBON & TRAINING RIDE...

Kemarin aku pi sambaq helmet baru LIMAR 910 CARBON sebab helmet lama aku telah membuatkan aku kecewa kerana asal time aku posing nak amik gambar je ia akan menyengetkan dirinya sendiri. Helmet SARS tu aku dapat semasa beli beskat MTB dulu, FOC je. Sekarang helmet itu telah menjadi hak milik anak aku yang berusia 6 tahun, dia cukup gembira dan tak habis2 berkata "Sayang Abah". Aku pun tumpang gembira (sebab dapat helmet baru)...

Helmet LIMAR 910 CARBON

Helmet SARS sedang menunjukan aksi sengetnya semasa aku sedang posing. Frustrated betul.

Aku bertukar menjadi seorang rider yang lebih macho setelah menggunakan helmet LIMAR.

Setelah aku mengenakan helmet Limar ni, kelajuan kayuhan aku telah bertukar kepada tahap kelajuan cahaya...

...tengok Amir & Tandope telah ditinggalkan jauh semasa climbing.

P/S : Geng, jangan marah naa, gurau je, he he he.

October 15, 2009

ACARA KAYUHAN UNTUK YANG TAK JOINT KPLR...


Sabtu ni 17 oct , Tandope nak cuba xplore bukit lebai hussin melalui bukit kachi…so pada semua geng Changlun Invisible Adventurer sila bersiap untuk menerima kunjungan kawan2 dari jauh….


Trek : Bukit Lebai Hussin

Elevation : 753 meter

Latitude : 6.3846564

Longitude : 1005448962

Sherpa : 2 org with 4×4 ( geng balak kat situ)

Photographer : 1 org

Makan n minum : kat puncak

Tayar pusin : 7.30 pagi depan bulatan UUM

Detail map please klik Lebai Hussin


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Tandop 012-4893700 atau
layari ke webside : http://tandope.com/tandop/

October 12, 2009

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN...

Pagi ni aku kayuh sorang2, dengan hanya bertemankan camera digital aku kayuh pelan2 sambil ambil gambar keindahan alam di sepanjang laluan. Rasa tenang dan nyaman bila kita dapat menghayati keindahan alam anugerah tuhan ini.

Puji-pujian bagi Allah...

Lihat saja keindahan pelbagai warna lapisan rumput ni pun dah rasa nyaman dah...

Saujana mata memandang...

Lihat saja pokok ni, tanpa daun tetap berbunga lebat.
Subhanallah....