September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Salam Aidilfitri kepada semua yang sudi melawat ke blog saya ini, Maaf Zahir & Batin.

September 15, 2009

KAYUHAN PECAH LEMAK RAYA...

Satu lagi acara kayuhan selepas hari raya. Untuk maklumat lanjut di Projek kayuh, TRM, Ramly SP & Perlis MTB Club.


T-Shirt KPLR

September 10, 2009

KEJARLAH LAILATUL QADAR...


Klik image untuk mudah melihat dan membaca.

September 9, 2009

DAH LA HENSEM, HIGH END PULAK TU...

Oleh kerana bulan puasa ni aku tadak aktiviti kayuhan untuk di posting, so posting gambar gerek pun jadilah. Tapi gerek MTB ni aku rasa terbaik dan terlawa lah, pada pandangan aku la. Kalau ada sapa2 yang ada gambar lain yang lebih menarik boleh la info kat chat box ka, kat ruangan comments, boleh kita berkongsi info bersama-sama. TQ

CUBE, company dari German. Lawa sungguh.


ORBEA. Gerek World Champion.

LOOK. Makna dia, Ha tenggok jangan tak tengok.

TREK 9 Series Carbon. Geram-geram. Sabaq...

Ha 3 gambar gerek MTB dibawah ni spesel sikit, ketiga-tiga tersemat dengan group set SRAM XX. Pehq, High End tu...

TREK Top Fuel + SRAM XX

Merida + SRAM XX

Scott + SRAM XX

September 7, 2009

AL-KISAH GANTUNG GEREK & 1K ODOMETER...

AL-KISAH PERTAMA
Kisah ini berlaku di bulan puasa. Sepanjang bulan puasa ni aku tak kayuh langsung. Seronok tengok sahabat2 kita kayuh malam. Bukan aku tak mau kayuh di bulan puasa ni, tapi ada saja halangan yang akan membantutkan usaha aku untuk kayuh. Contoh, dah 2-3 kali Tandop & Lontruth ajak aku kayuh ke Gunung Jerai la, ke ladang jati la tapi aku tak dapat nak ikut sebab kena kerja time tu. Nak ajak Amir kayuh, dia dah kena virus B1N1, payah nak keluar rumah semenjak dua menjak ni. Nak kayuh sorang2 tak berani, bukan takut tapi sapa berani kayuh malam2 sorang2, tak jumpa kelewon kena rompak tak pasai ja. Nak kayuh petang takut dipandang serong tak posa. Last sekali, aku amik keputusan GANTUNG GEREK (bulan posa je la, lepas raya kayuh balik).

Gerek kesayanganku tersemat indah di dinding.

AL-KISAH KEDUA
Kisah ini berlaku dah lama dah pada 03/08/2009. Time tu aku kayuh sorang2 di waktu petang. Masa kayuh tu aku tergerak hati nak tengok odometer, sekali odometer tunjuk 996km. Aku pun memperlahankan kayuhan dan bila sampai 999km aku berhenti dan snap gambar, kemudian aku teruskan kayuhan. Bila odometer tunjuk saja 1000km aku berhenti sekali lagi untuk amik gambar. Aku amik masa lebih kurang 3 bulan untuk melepasi 1000km, tapi aku respek betul dengan Plan Abang Ramly SP nak Touring ke selatan Thailand sejauh 1200km. Ianya adalah satu KEPUASAN.



September 3, 2009

LANCE ARMSTRONG PUN KADANG2 JOIN MTB JUGAK...

Juara Le Tour De France sebanyak 7 kali ini kadang2 dia kayuh Mountain Bike jugak untuk melepaskan ketagih beliau kepada sukan berbasikal ini. Bukan nak berbangga dengan pelumba barat tetapi kita boleh ambil contoh semangat beliau yang tidak ada pada mana2 pelumba berbasikal lain di dunia. Selain itu beliau juga menceburi dalam bidang larian maraton dan tinju. Berita terbaru beliau akan meninggalkan pasukan Astana untuk masuk ke pasukan baru RadioShack untuk tahun 2010.