May 1, 2010

PENCARIAN HARTA PUSAKA NEGERI KEDAH...

01/05/2010 - Pagi tadi bersempena dengan hari buruh, aku bersama 3 orang sahabat iaitu Amir, Shahirul & Hafiz telah menjoinkan diri kami dengan satu acara kayuhan berkonsepkan mencari harta karun. Acara yang berlangsung di menara Alor Setar ini telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah dan Pihak Pengurusan Menara Alor Setar. Tak Ramai peserta yang hadir untuk mengambil bahagian kerana pertindihan tarikh yang sama dengan satu lagi acara kayuhan di kulim. Walaupun tak ramai, tapi kami tetap enjoy, buktinya boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah...

detik permulaan acara...
Amir sedang kontrol ensem...
hai Shahirul, don't read and ride, very danger lol...
Hafiz kayuh steady je, kuat jugak mamat nih...
keindahan Masjid Zahir...
Lokasi check point pertama, Galleri Sultan Abdul Halim Muazam Shah...
ada beberapa soalan yang perlu kami jawab di setiap check point yang dilawati selain mendapatkan cop...
antaranya, apakah warna kenderaan Tuanku Sultan yang bernombor plet A637, puas kami pusing satu geleri mencari kereta tersebut, last2 Amir jumpa kereta tersebut pada sekeping gambar tersemat di dinding galleri, fuhhhhh jumpa jugak...

berapakah bilangan pintu dan tingkap yang terdapat di Balai Nobat? kami dah tahu jawapannya, kalau nak tahu gak kena pi bilang sendiri, hehe...
soalan seterus nya di Balai Seni Negeri...
antara lukisan yang terdapat di Balai Seni Negeri...
Shahirul sibuk mencari clue...
kumpulan peminat & pemilik motosikal antik berkumpul untuk konvoy...
meriam yang digunakan untuk mengawal kerajaan Kedah suatu masa dulu, ni kat kawasan Rumah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...

Amir cuba untuk tolak meriam...
Hafiz & Amir posing dengan beca lama...
antara basikal antik yang mengambil bahagian...
antara barang2 bersejarah...

tahukah anda siapakah gerangan pemilik Tengkolok bertahtakan bulu burung Cendrawasih ini...
pemilik tengkolok tersebut ialah Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-26, baginda memerintah Kedah selama 61 tahun antara tahun 1882 sehingga 1942, Baginda Sultan merupakan ayahda kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Malaysia yang pertama...
ini adalah tempat abu rokok Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang di perbuat dari tanduk kambing gurun...
antara senjata yang digunakan oleh Baginda Sultan...
amboi depa khusuk sungguh dengaq penerangan....
amboi sampai kat bawah rumah pun masih dok bertanya soalan...



check point seterusnya, kat depan rumah kelahiran Tun Dr Mahathir...

check point ni kat Rumah Merdeka...
Muzium Negeri Kedah menjadi check point terakhir...
antara barang bersejarah di Muzium Negeri...
tudya haihh, beskat naik 2 orang pun ada...
kuda putih aku pun request untuk posing jugak...
habis, acara menghantar borang...
12 tengah hari baru acara cabutan bertuah diadakan, sementara tu kami lepak sambil tengok autoshow...

aikkk, Dutsun 120Y pun masuk autoshow gak...



acara cabutan beruah, Amir dapat helmet...
abang ni bertuah sungguh dapak gerek...
aku pun dapat gak, hehe...botol air je, jadi la dari tak dapat apa2, Shahirul & Hafiz pun dapat botol air jugak...

Yang bestnya kami dapat refund balik duit register RM20 daripada RM30...cuma bayar RM10 je la, memang best...

TAMAT


April 30, 2010

KAYUHAN PAIP GAS & KUBANG KERBAU...

30/04/2010 - Petang tadi aku kayuh ngan Acong setelah hampir sebulan tak kayuh. Plan mula tu nak kayuh road je tapi aku teringat ada satu trek yang menarik untuk diterokai. Trek paip gas bawah tanah ni selalu sangat aku idam untuk kayuh kerana setiap kali aku balik kerja aku dapat lihat trek nih, tapi bila time nak kayuh lupa la pulak kat trek ni. Aku sempat snap beberapa keping gambar untuk masuk ke dalam blog nih setelah lama tak update posting kayuhan...

syok layan trek paip gas...
sekali jumpa kubang kerbau daaa, lama betoi tak tengok kerbau berkubang secara live...
Acong menunjukkan gaya werebull, ala yang macam werewolf tu...
sebulan tak kayuh aku semakin membesar...
aksi Acong mengeross parit...
posing kat loji paip gas...
Acong pun posing gak...
Acong sedang merepair tayarnya...
akhir sekali reward yang kami dapat, sorang segelas teh O ais laici ngan ais kosong sorang satu set...

SEKIAN

April 6, 2010

PLAYING WITH LIGHTING: THE STROBIST WAY...

Gambar di atas diizinkan oleh Cikgu Azizan Aziz dari Potraitor.com

03/04/2010 - Aku ada join satu kursus fotografi Playing With Lighting: The Strobist Way kat Kuala Nerang. Kursus ini di dikelolakan oleh Cikgu Azizan Aziz dari romantis-studio.com. 13 orang peserta mengambil bahagian dalam kursus yg berlangsung dari pukul 11 pagi sampai pukul 5.30 petang. Aku memang berpuas hati dan skill fotografer aku pun semakin mantop selepas aku join kursus ini. Berbaloi-baloi...

Gambar antulilin di atas hasil dari fotografer berbakat besar, saudara Azrie Nasrie dari www.azrienasrie.com

Gambar yang di bawah pulak dari lensa D90 aku...
Talent: Puteri Yunazreen
Talent: Antulilin






Sifoo Azizan Aziz berdiri 2 dari kanan sedang tunjuk ajar kepada para peserta...
Antulilin In action...
Model: Aku ler, hehe...