September 2, 2016
LAYAN OFFROAD TREK XC BIRUT DENGAN FAIZAL
Kelmarin 1 September 2016, aku dengan Faizal mula plan nak kayuh road, pastu aku ajak dia kayuh trek 7 Hills sebab aku tak join depa kayuh kat situ pada 31 Ogos 2016. Masa otw ke 7 Hills Faizal ajak kami kayuh kat trek lain pulak iaitu trek Race XC Birut, aku on jer sbb teringin jugak nak rasa trek2 baru ni. Bagi aku trek XC Birut ni best sebab teduh dan tak panas terik sangat macam trek 7 Hills tu, laluan climbing berumput yang banyak dan tak akan timbul masalah tanah melekat kat tayar bila kayuh di musim hujan. Padan la trek ni pun pernah dijadikan event Race XC. Cuma negatifnya banyak tompok2 mines (taik lembu) sepanjang laluan trek ni. Pendek kata aku memang puas hati kayuh kat trek ni dan teringin nak pi lagi, InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment