September 3, 2016

KAYUHAN MERDEKA PATRIOTIK FUN RIDE 2016 UITM PENANG

3/9/2016 - Pagi tadi aku bersama 4 lagi sahabat gerek telah kayuh di satu acara Kayuhan Merdeka Patriotik Fun Ride 2016 di UITM Pulau Pinang Permatang Pauh. Acara kayuhan fun ride ini biasanya di jalan raya sahaja.

Pada awal kayuhan selepas flag off, kawalan trafik dan keselamatan di dalam keadaan terkawal dengan kawalan di setiap simpang dan marshal bermotorsikal sangat membantu peserta kayuhan.

Cuma di pertengahan jarak kayuhan selepas lebih kurang 20km, kawalan keselamatan peserta2 semakin longgar. Hampir berlaku kemalangan di mana kelompok perserta dihadapan kami nyaris2 berlanggar dengan sebuah motorsikal yang secara melulu cuba masuk ke lorong tanpa menghiraukan keselamatan peserta, nasib baik tiada kemalangan serius berlaku.

Kami berhenti rehat di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh, Kepala Batas dan kami dihidangkan dengan pisang dan air di situ.

Satu lagi kejadian yang tidak diingini di mana2 acara kayuhan di mana kami terpaksa berhenti di lampu trafik berhampiran dengan UITM kerana tiada kawalan keselamat peserta di situ.

Alhamdulillah kami tiba di garisan penamat dengan selamat dan kami menerima medal dan sijil penyertaan di garisan penamat.

Terima kasih kepada Faizal & Anuar kerana sudi menemani aku sepanjang acara kayuhan ini. Kami bersembang dan enjoy di sepanjang jalan laluan. Dah nama pun fun ride kan buat apa penat2 kayuh laju2, bukan ada ranking pemenang, semua akan dapat medal, haha. Yang penting jersey cun ala jalur gemilang.
















September 2, 2016

LAYAN OFFROAD TREK XC BIRUT DENGAN FAIZAL

Kelmarin 1 September 2016, aku dengan Faizal mula plan nak kayuh road, pastu aku ajak dia kayuh trek 7 Hills sebab aku tak join depa kayuh kat situ pada 31 Ogos 2016. Masa otw ke 7 Hills Faizal ajak kami kayuh kat trek lain pulak iaitu trek Race XC Birut, aku on jer sbb teringin jugak nak rasa trek2 baru ni. Bagi aku trek XC Birut ni best sebab teduh dan tak panas terik sangat macam trek 7 Hills tu, laluan climbing berumput yang banyak dan tak akan timbul masalah tanah melekat kat tayar bila kayuh di musim hujan. Padan la trek ni pun pernah dijadikan event Race XC. Cuma negatifnya banyak tompok2 mines (taik lembu) sepanjang laluan trek ni. Pendek kata aku memang puas hati kayuh kat trek ni dan teringin nak pi lagi, InsyaAllah.













August 24, 2016

SAHABAT MTB BARU & PANJAT BUKIT 7 BERADIK


23/08/2016 Petang, mulanya aku plan go outside & kayuh solo untuk bakar kalori jer, ingat nak layan kayuh road je la sekali terserempak ngan Abang Bree Combat ngan Ustaz kat bukit masjid BPJ. Depa ajak kayuh off road ikut trek kelapa sawit, aku pun on jer sebab best jugak layan off road ni. Lepas tu aku try ajak depa kayuh pi Bandar Seri Astana (Park Homes) & nak tau jugak kot2 ada jalan short cut ke situ.

Masa lalu jalan Astana Park Homes, kami terserempak pulak dengan member baru MTB iaitu Faizal & Anuar, depa ajak kami kayuh kat Bukit yang depa panggil bukit 7 beradik kat belakang kawasan Park Homes. Mula2 kami on jer jugak tapi bila sampai kat kaki bukit Abang Bree ngan Ustaz mintak untuk menarik diri panjat bukit tu sebab dah lewat petang.

Tapi aku teringin nak panjat bukit tu & jadi aku amik keputusan untuk follow Faizal & Anuar panjat bukit 7 Beradik tu.







SELAMAT HARI MERDEKA

August 22, 2016

KAYUH SANTAI DENGAN FOLDIE

Folding bike ni senang dibawa kemana mana. Minggu lepas semasa aku balik ke kampung, aku bawak folding bike Java bersama sama. Kena pula musim padi baru nak kuning so aku kayuh keliling kampung sambil menikmati permandangan sawah padi menguning yang sungguh indah nan permai, hilang stress kerja. Aku panggil ni kayuhan RnR, Ride and Relax.









KAYUH BALIK

Setelah sekian lama gantung gerek dan blog ni pun berhabuk, aku kembali kayuh dengan Gerek Trek putih tua aku. Aku kini menetap di Bandar Puteri Jaya setelah berpindah dari Changlun pada awal 2015. Disebabkan lama tak kayuh dan bersenam, berat aku meningkat ke tahap membimbangkan. Jadi aku ambil keputusan untuk kayuh balik. Biasanya aku kayuh solo je tapi petang tu aku selisih 3 abang2 askar dan depa ajak aku kayuh offroad pajat bukit. Aku pun on jer dan ikut depa. 





April 12, 2011

MULA KAYUH BALIK, START FROM BEGINNER

Maintain 11 km/j je, kayuh macam beginner...

Hari ni dalam sejarah hidup aku, aku dah mula kayuh balik setelah hampir setahun tak kayuh. Sebelum ini aku ingat nak jual ja beskat aku tu, tapi aku batalkan niatku itu kerana banyak dorongan agar aku terus kayuh, antaranya kerana faktor berat badan aku yang semakin bertambah, saiz ukuran pakaian yang semakin membesar dari XL ke XXL, seluar dari saiz 36 ke 40...pening2. aku nekad untuk terus kayuh bukan untuk bermegah-megah atau untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk menjaga kesihatan dan kembalikan berat badan ke paras lelaki normal. Aku harap aku dapat mencapai impian itu kelak...Amin.

P/S: Blog pun lama tak update, hehe...

Amir cuba menhilangkan dahaga beliau..

Aku pun teruk gak punya lapaq ayaq, haha

Penat tapi puas...

Amir Plus di Starting Grid Trek Go Kart dengan penuh semangat...

Jumpa Rider XC Race terunggul, Spark, pagi tadi dia baru je champion XC Race kat UiTM Arau...

TAMAT